Tuesday, June 16, 2009

Mesir kalah vs brazil menang…. Nasib?



Semalam, seharian saya mendengar tentang perlawan antara pasukan bola sepak mesir yang akan beradu dengan pasukan brazil… perbincangan agak hangat…tapi rata-rata mereka akan mengatakan bahawa brazil confirm menang punye lah….mesir…. ape ade?....masuk piala dunia pun tak pernah pastu nak lawan dengan pasukan yang pernah menjadi johan piala dunia…hehhe….memang tak layak menang… orang pun tak mengharap mesir menang (kecuali orang yang pernah pergi mesir-macam saya-hehehe).


Malam tu saya cadang nak pergi ke kedai, nak tengok perlawanan tulah…. Tapi agak mengecewakan saya tertidur lah pulak….haaiih…sabor jelah….tapi tak kisah lah… esok saya pergi kerja, tengok internet lah…..tibo2 boleh pulak internet takdo pulak pagi tu….haaiih….lagi sekali nak kono sabor… apo lagi saya terus pergi carik technician tempat saya kerja……hang pi copek botul internet tu ha, eden nak tengok internet ni haa, banyak lagi kojo den nak buek ni haa…..hehehe, padahal lain yang saya nak tengok….nampak sangat kalau saya bagitau dia camtu…heheh.


Apo lagi, saya pun bukak lah internet…. Laman web kosmoonline…. Mesir kalah…. Brazil apo lagi monang lah kan…. Saya memang tak peranjat bila dengar berita tu …. Tapi …..bila saya saya baca keputusan memang memberansangkan….mau taknya…..keputusan 3-4…. Fuhhh…hebat jugak mesir ni….boleh jugak diorang masukkan gol…….ingatkan macam perlawanan antara nadi ahli (kelab bola sepak mesir) dengan barcalona…..0-4 dibelasahnya. Tapi keputusan 3-4 nie memang saya tak sangka langsung.




( hehehe......brazil menang tapi gambar mesir.....hehhee)


Saya pun bacalah komen orang tentang perlawanan ini…..macam biasa lah….ade yang menyebelahi brazil…..ade juga yang menyebelahi mesir…..masing-masing ade hujah tersendiri untuk menguatkan pasukan masing-masing.


Penyokong brazil kata…. Brazil ,jadi camtu sebab orang kuat takde…ronaldinho dan ronaldo takde…hehhee…..ok2 lah…..mungkin lah camtu.


Penyokong mesir pulak kata….kalau bukan penalti dah seri dah keputusan….nasib je brazil tu…. Hehehe…..mungkin jugak.


Ermmm… memang susah nak tentukan siapa patut menang sebenarnya, dan adakah tidak adil bagi pasukan mesir untuk kalah?…. ermmm….just make it simple…. Yang menang siapa yang tentukan…..yang kalah siapa yang tentukan…. Adakah mesir atau brazil?..... atau mungkin penyokong pasukan masing-masing?…. atau mungkin pengadil yang tentukan?......setiap dari mereka akan bagi pendapat tentang perlawanan tersebut…..they have their right to comment….but me….saya rasa itulah keputusan yang paling sempurna.


Kenapa pulak?


Sebab ini adalah ketentuan dari Tuhan yang maha sempurna….my God…. ALLAH SWT…Mesir kalah….no problem….saya tak kisah….brazil menang…..haihhh…no problem lah. Because it’s from ALLAH SWT decision, and that’s just perfect for all of us.


Ade hikmahnya…setiap perkara Allah SWT dah tentukan….Dia lebih mengetahui dari kita apa yang terbaik dan buruk untuk kita…..so apa patut kita buat kalau dia dah tentukan segalanya……duduk diam je ke?.....sebenarnya kita perlu usaha untuk mencapai kita apa yang kita inginkan, brazil menang mungkin kerana dia lebih layak dari mesir, mungkin kerana mesir kurang latihan. Tapi yang penting adalah usaha untuk mencapai sesuatu…….cth…..kita dahaga dan secawan air berada dihadapan muka kita, kita akan terus menerus dahaga sehinggalah kita pegang cawan tu pastu kita tegok lah air tu habis2, baru lah hilang dahaga…. Begitu lah dalam ape perkara pun, semua perlu kepada usaha…. Mesir takkan dapat 3 jaringan di gol brazil kalau mereka tidak berlatih …..haaa….begitulah caranya…


So….apa-apa pun keputusan, it’s just perfect for me….


Tahniah untuk BRAZIL


Syabas untuk MESIR…..entu bitila’buu helwa giddan……mabruk alaiku



No comments:

Post a Comment