Tuesday, June 23, 2009

Aset dan Tanggungan



Salam…..


Pada zaman sekarang terlalu banyak perayaan, keraian, sempena, dan macam-macam lagi, semuanya bertujuan untuk meraikan satu perkara yang penting dalam hidup kita, hari raya…memang seronok sebab dapat makan lepas sebulan berpuasa, hari buruh…lagi seronok bagi orang yang berkerja sebab dapat cuti tanpa perlu memohon cuti dari majikan, majikan pun terpaksa bagi, jamuan cemerlang dalam periksa…teramat-amatlah seronok sebab sudah bertahun bertungkus-lumus belajar dan banyak lagi contoh-contoh yang mana manusia akan meletakkan ia sebagai satu agenda dalam hidup mereka.


Tapi disini saya ingin mengulaskan tentang dua sempena yang terlalu mempengaruhi dalam hidup saya….hari ibu dan hari bapa. Hari ibu telah lepas manakala hari bapa masih hangat di war-warkan dalam media tapi kedua-duanya sekali memberi satu makna yang sama pada seorang anak.


Apabila tibanya hari tersebut, kebanyakan anak akan mengucapkan selamat hari ibu atau selamat hari bapa kepada ibubapa masing-masing sebagai tanda berterima kasih mereka terhadap pengorbanan dan tanggungan yang telah dilakukan oleh ibubapa mereka. Setiap tahun mereka akan mengulangi perkara yang sama, tapi mereka lupa siapa sebenarnya mereka terhadap ibubapa mereka.


Adakah anak itu satu asset ataupun tanggungan sahaja kepada ibubapa mereka, setiap anak mempunyai pandangan masing-masing atau cara-cara yang tersendiri untuk melepaskan rasa berterima kasih mereka kepada ibubapa mereka ataupun sekadar melepaskan batuk ditangga, ada dikalangan mereka hanya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa mereka, ada juga yang hanya menziarahi ibubapa mereka, ada juga yang hanya mengirim wang bulanan kepada ibubapa mereka, dan ada juga hanya menelefon ibubapanya tanpa menghadirkan diri mereka dihadapan ibubapa mereka bertahun lamanya.


Semua ini adalah individu-individu yang menganggap bahawa mereka sekadar tanggungan kepada ibubapa mereka. Memberi maksud disini yang bertanggungjawab hanyalah ibubapa mereka, yang memberi makan dan minum hanya ibubapa mereka, yang membelanjakan kos kehidupan mereka hanyalah ibubapa mereka, yang menanggung kos pengajian hingga selesai hanyalah ibubapa mereka, apabila selesai semua tanggungan bagi seorang anak sehingga anak itu mampu untuk berdikari dengan sendiri maka telah selesailah tugas ibubapa. Dan si anak hanya mengucapkan terima kasih…sahaja. Ini adalah satu tanggapan yang meleset sekali.



~~ Ibubapa menjadi salah satu sebab anak-anak mampu berdikari ~~


Anak merupakan satu asset yang penting kepada ibubapa mereka, yang memberi maksud ibubapa memberi anak membalas, ibubapa susah dahulu anak menyenangkan kemudian, ibubapa meminta anak menghulurkan sehinggakan ibubapa meninggal dunia anak doakan. Kita umpamakan anak itu seperti ladang (asset) kepada seorang petani, petani tersebut akan menggemburkan tanah, membuat batas, menanam benih, menyiram air, menabur baja, dan mengulangi perkara tersebut sehinggalah tanaman tersebut memberikan kepada petani tersebut hasil yang mengembirakan dan menjamin kestabilan hidup petani itu.


Begitu juga anak-anak, ibubapa mereka telah membuat pengorbanan sehinggalah mereka mampu berjalan diatas tapak kaki mereka sendiri, maka dengan itu anak-anak perlu membalas jasa ibubapa mereka dengan sebaik mungkin. Satu layanan yang membuatkan mereka gembira dan bersyukur kepada Allah SWT.


Perkara ini amat dititik beratkan dalam Islam, anak-anak mesti membuat baik, patuh, menghormati kepada ibubapa mereka,


Firman Allah SWT “ janganlah kamu katakan kepada mereka berdua walaupun dengan perkataan uff ”.Ayat ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak mesti menghormati ibubapa mereka walau sekecil-kecil perkara sekali pun.


Apa yang mereka telah berikan kepada kita, memang saya jamin kita tidak mampu membalasnya. Tetapi apa yang penting adalah kita berusaha untuk membalas jasa mereka, dan apa yang mereka berikan kepada kita umpama titisan hujan yang membasahi bumi yang mana kita tidak mampu menakung dan membalas kesemuanya tetapi sekurang-kurangnya kita membalas kepada mereka satu tempayan yang dipenuhi dengan takungan air hujan.


It’s better than nothing for them…


Selamat hari ibu dan bapa…


2 comments: