Wednesday, July 22, 2009

Mari Mewarna


Mari Mewarna….

Dari kecil saya memang minat melukis, tapi macam tidak ade bakat je, sbb lukisan saya takde improve langsung, saya mula melukis sejak usia saya 8 tahun, saya suka melukis kartun, masa tu saya seolah-olah berlumba dengan abang (mus’ab) saya dalam kemahiran melukis, tapi saya rasa saya selalu kalah sbb lukisan dia lebih halus dan menepati saiz yang dia kehendaki, saya pula lukisan agak kasar dan selalu tak cukup kertas sbb terlalu besar…..tapi….saya memang minat melukis.

Satu kekurangan saya yang mana saya tak bleh digelar sebagai seorang pelukis…..saya tak minat mewarna….memang susah sbb saya tak bleh meletakkan warna yang sesuai pada tempat yang betul dangan kadar yang optima, apabila saya mewarna mesti terlebih atau terkurang kepekatan warnanya.
Saya cuba jugak untuk memperbaiki tapi bila saya tengok sendiri lukisan saya …..saya pun naik menyampah….buruk sangat.

Akhirnya saya mengalah….memang betul-betul mengalah…. tak bleh buat ape-ape dah….saya berhenti melukis semasa saya di awal sekolah menengah, itulah kisah saya sebagai seorang pelukis yang mencuba nasib dalam satu bidang….. agak seronok tapi mengecewakan lah jugak.

Baru semalam mula timbul perkataan “mari mewarna” dalam fikiran saya, setelah sekian lama saya tidak memikirkan tentangnya…..errmmm…..mari mewarna. Akan tetapi saya bukan hendak mewarna lukisan dengan menggunakan colour pensil atau colour water….. saya hendak mewarnakan kehidupan saya supaya lebih menarik untuk saya dan orang disekeliling saya…..ini merupakan aktiviti mewarna yang amat seronok.



Saya dapati kehidupan orang lain tidak lebih hanyalah satu kehidupan yang normal, tidak ade warna-warni yang menyinari dalam jiwa mereka, umpama lukisan yang tidak diwarnai dengan pelbagai warna-warna yang cantik. Mereka hanya melakar sahaja kehidupan mereka akan tetapi mereka seolah-olah tidak mahu mewarnainya sedangkan mereka mampu untuk berbuat demikian.

Mereka hanya melalui hari-hari yang sama dalam kehidupan mereka, mereka meletakkan satu tahap yang minima dalam pencapaian mereka dan mereka meletakkan matlamat-matlamat yang pendek untuk mereka gapai, sekadar untuk mereka meneruskan kehidupan. Begitulah juga keadaan sehelai lukisan yang tidak mempunyai warna-warni yang menarik perhatian seorang.

Manakala saya dan anda sebagai individu-individu muslim adakah layak untuk hanya mengharungi kehidupan yang mana skalanya rata sehinggalah ke penghujungnya. Memang tidak layak sama sekali….sbb muslim….melalui kehidupan yang baik ke kehidupan yang lebih baik, hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini, skala kehidupan mereka sentiasa naik menuju kearah kehidupan yang lebih baik,

Seorang muslim sentiasa memikirkan bagaimana caranya untuk mereka mewarnai kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik untuknya dan orang disekelilingnya, mereka sentiasa memikirkan warna yang sesuai untuk digunakan dan dipamerkan pada masyarakat sekeliling, satu lukisan yang tidak cantik akan menjadi satu tarikan apabila diwarnai dengan warna-warna yang sesuai, akan tetapi satu lukisan yang cantik tidak akan menjadi satu tarikan apabila tidak diwarnai ataupun tidak menggunakan warna yang sesuai.

Sudah menjadi satu tabiat kepada manusia sukakan pada warna-warni yang indah.
Seorang muslim itu adalah seorang pelukis yang berjaya.


Dan akhirnya satu luahan….saya sukakan pelangi.

No comments:

Post a Comment