Wednesday, June 17, 2009

Org kutuk, kita mengata….lain ke?



Seharian saya di Kolej bersama sahabat membuatkan ku terfikir….tentang satu perbualan.


Si A : Aku tak taulah kenapa dia asyik nak kutuk aku je


Si B : Laa.. dia buat ape lagi?


Si A : Aku malaslah nak cakap tapi ko dah tanyakan, aku kene bagitaulah kat ko, takut-takut ko pulak dia tuju… aku bukan nak mengata dia tapi ini hakikat dan kenyataan yang ade pada dia .


Si B : Ko pasti ke dia buat camtu?


Si A : Laa… kalau dah nama dia @#$$%$ memang tak syak lagi dah.


Si A : Ko dengar sendiri ke dia kutuk ko?


Si B : Takde lah… aku dengar dari si C, tapi aku yakin memang confirm dia kutuk aku camtu… ade ke patut… tak patut2, dia memang suke kutuk orang…. Hari tu dia kutuk ayah aku… lepas tu dia kutuk kerja aku pulak… baru2 ni, ade ke patut dia kata aku tak pandai mengajar… memang pengutuk betul lah dia ni… ni kalau aku tak bagi tau memang korang tak tau langsung tentang perbuatan keji dia…. Nasib baik lah ALLAH ilhamkan kat aku untuk bagitau kat korang.


Si A : Betul ke macam tu?.... ko dengar sendiri ke?..... ke ko dengar dari si C jugak?


Si B : Lailahaillallah…. Kali ni aku tak dengar dari si C, tapi aku dengar jugaklah, cume dari si D pulak…. Tapi dia memang macamtu….ko janganlah percaya sangat dengan dia…


Si A : Ko tak pernah ke nak tanya sendiri kat dia…betul ke dia cakap camtu?


Si B : Alaaaa…… ko nak aku tanya dia? untuk pengetahuan ko, mat hensem tu tak boleh dipercayai, mesti dia tak mengaku punya… gaya nak smart je, perut maju kehadapan, pastu tak henti-henti sikat rambut…. haihhh……. Serabut kepala aku tengok dia.


Si A : Ermmm…. Pastu ko nak buat ape skrg?


Si B : Takpe lah… orang nak kutuk kita… nak buat macam mana? Kita senyap je…biarkan dia kutuk, semua pahala dia kita dapat nanti.


Si A : (dalam hati)…. Sapa yang mengutuk... sapa yang mengata pulak ni…..haih.


Satu kisah (ade sedikit perubahan) yang berlaku di tempat kerjaku…



So…. Macam mana?.... saya rase kita dah cukup waras nak faham situasi ini….


Firman Allah SWT “ Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik yang membawa satu berita (yang kamu tidak tahu kesahihannya) maka periksalah dengan teliti”…


Hehhee….itulah hakikat sekarang yang perlu kita ubah…belum tau lagi tentang kesahihan suatu berita kita dah melatah tak tentu pasal dah…jadi apa beza antara kita dengan dia….mereka kutuk kita…kita pulak mengata mereka semula.


Jadi keadaan ini sama macam mereka melarang orang lain dari melakukan sesuatu kemungkaran tapi sedar tak sedar mereka pun sama buat.


Firman Allah SWT “ Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kamu lakukan”….


Tolonglah teliti kisah ini….siapa kita sebenarnya?


Cube jadi seseorang yang unik dari orang lain. Ini same jeee…


Selamat berubah…

2 comments:

  1. Salam, selamat bermula

    Solahul bidayah min solahun nuhayah

    Mubarak..

    ReplyDelete
  2. * Nihayah * tersilap eja

    ReplyDelete